Terma Perkhidmatan
Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan kami
Kemaskini Terakhir: 11 Mei 2026
1. Pengenalan
Selamat datang ke Lakarra, platform kad jemputan digital yang dikendalikan oleh LAKARRA TECH (LA0082832-K). Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat berikut.
Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, sila jangan gunakan perkhidmatan kami.
2. Perkhidmatan
Kami menyediakan platform untuk mencipta kad jemputan digital untuk pelbagai majlis termasuk perkahwinan, pertunangan, majlis kesyukuran, dan acara istimewa lain.
- Pemilihan tema dan design eksklusif
- Customization maklumat majlis dan tetamu
- Sistem RSVP untuk pengesahan kehadiran
- Galeri foto dan muzik latar
- Akses 24/7 ke platform digital
3. Tanggungjawab Pengguna
Sebagai pengguna perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk:
- Memberikan maklumat yang tepat dan sah
- Menjaga keselamatan akaun dan kata laluan anda
- Tidak menggunakan platform untuk tujuan yang menyalahi undang-undang
- Menghormati hak cipta dan tidak memuat naik kandungan yang melanggar hak pihak ketiga
- Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan yang anda muat naik
4. Bayaran & Pemulangan Wang
Anda boleh mengakses semua design dan ciri-ciri platform tanpa bayaran. Walau bagaimanapun, perkongsian kad jemputan dengan tetamu hanya dibenarkan selepas bayaran penuh dibuat.
Untuk maklumat lanjut mengenai dasar pemulangan wang, sila rujuk halaman Dasar Pemulangan Wang kami.
5. Hak Cipta Intelek
Semua design, template, logo, dan kandungan platform adalah harta intelek LAKARRA TECH dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia.
Pengguna dibenarkan menggunakan design untuk tujuan peribadi sahaja. Penggunaan komersial atau pengedaran semula tanpa kebenaran adalah dilarang.
6. Had Liabiliti
LAKARRA TECH tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerugian tidak langsung, sampingan, atau akibat yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan kami.
Kami berusaha untuk memastikan platform beroperasi dengan lancar, tetapi tidak menjamin perkhidmatan akan sentiasa tersedia tanpa gangguan.
7. Privasi
Penggunaan maklumat peribadi anda dikawal oleh Dasar Privasi kami. Sila baca untuk memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi data anda.
8. Penamatan
Kami berhak untuk menangguhkan atau menamatkan akses anda ke perkhidmatan tanpa notis sekiranya anda melanggar terma ini.
Pengguna juga boleh menamatkan akaun mereka sendiri pada bila-bila masa melalui tetapan akaun.
9. Perubahan Terma
Kami berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa. Perubahan akan berkuatkuasa serta-merta selepas disiarkan di laman web. Penggunaan berterusan perkhidmatan kami selepas perubahan bermakna anda menerima terma yang dikemaskini.
10. Undang-undang Yang Berkuatkuasa
Terma dan syarat ini dikawal oleh undang-undang Malaysia. Sebarang pertikaian akan diselesaikan di mahkamah Malaysia.
11. Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai terma dan syarat ini, sila hubungi kami: