Soalan Lazim
Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang kerap ditanya mengenai perkhidmatan kami
Umum
Lakarra adalah platform digital untuk mencipta kad jemputan digital yang cantik, interaktif, dan mesra alam untuk majlis perkahwinan, pertunangan, dan acara istimewa lain. Platform kami membolehkan anda membuat kad yang professional dalam masa yang singkat.
Kad digital lebih mesra alam, jimat kos, mudah dikongsi melalui WhatsApp atau media sosial, boleh diubah bila-bila masa, mempunyai sistem RSVP automatik, dan dapat diakses dari mana-mana sahaja di dunia. Anda juga boleh tambah muzik, galeri foto, dan peta lokasi interaktif.
Anda boleh mencipta kad dalam masa 10-15 minit sahaja! Setelah memilih tema, anda hanya perlu isi maklumat majlis, muat naik foto, dan kad anda sudah siap untuk dikongsi. Proses yang mudah dan pantas.
Ya, anda boleh melihat preview tema dan design yang tersedia di halaman katalog kami. Selepas pendaftaran, anda juga boleh melihat preview penuh kad anda sebelum membuat pembayaran.
Pembayaran & Harga
Harga berbeza mengikut pakej dan tema yang dipilih. Sila rujuk halaman katalog kami untuk maklumat harga terkini. Kami menawarkan pelbagai pakej yang berpatutan untuk memenuhi keperluan bajet anda.
Kami menerima pembayaran melalui online banking, FPX, kad kredit/debit, dan e-wallet. Semua transaksi diproses melalui gateway pembayaran yang selamat dan dipercayai.
Pemulangan wang hanya diberikan jika kami tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan atau jika terdapat kesilapan teknikal dari pihak kami. Sila rujuk halaman Dasar Pemulangan Wang untuk maklumat lanjut. Hubungi kami dalam tempoh 7 hari untuk sebarang isu.
Tidak. Harga yang dipaparkan adalah harga akhir. Tiada caj tersembunyi atau tambahan. Apa yang anda lihat adalah apa yang anda bayar.
Penggunaan & Customization
Ya, anda boleh edit maklumat kad anda bila-bila masa melalui dashboard anda. Perubahan akan kemas kini secara automatik dan tetamu yang mengakses kad akan melihat maklumat terkini. Nota: Suntingan tarikh dan lokasi majlis hanya tersedia dalam tempoh 14 hari selepas pembayaran. Selepas tempoh tersebut, sila hubungi admin untuk perubahan pada bahagian tersebut.
Maksimum 10 foto boleh dimuat naik ke galeri, dan ciri ini hanya tersedia untuk pengguna pakej Ultimate. Foto perlu dalam format JPEG atau PNG dengan saiz maksimum 5MB setiap satu.
Ya, anda boleh menambah muzik latar untuk kad anda dengan menggunakan pautan YouTube. Anda boleh memilih dari saat mana muzik akan dimainkan. Kami tidak menyokong muat naik fail MP3.
Ya, anda boleh menukar tema bila-bila masa selepas pembayaran tanpa had masa dan tanpa caj tambahan. Hubungi sokongan pelanggan kami untuk bantuan.
Tidak, tiada had akses. Tetamu boleh membuka kad anda berkali-kali tanpa sebarang had. Kad akan kekal aktif selama-lamanya selepas pembayaran.
RSVP & Tetamu
Tetamu boleh menghantar RSVP terus melalui kad digital anda dengan mengisi borang ringkas. Anda akan menerima notifikasi dan boleh melihat senarai tetamu yang telah mengesahkan kehadiran di dashboard anda.
Ya, anda boleh melihat senarai lengkap tetamu yang telah menghantar RSVP, termasuk bilangan kehadiran dan nota khas (jika ada) melalui dashboard anda.
Ya, kebanyakan tema kami mempunyai buku tetamu digital di mana tetamu boleh menulis ucapan dan doa untuk anda. Ucapan ini akan dipaparkan di kad dan anda boleh menguruskannya di dashboard.
Teknikal & Sokongan
Ya, semua data dan kandungan anda dilindungi dengan enkripsi SSL dan disimpan di pelayan yang selamat. Kami mengambil serius tentang privasi dan keselamatan data pelanggan kami.
Ya, kad digital kami responsive dan boleh dibuka dengan sempurna di telefon, tablet, dan komputer. Design akan menyesuaikan secara automatik mengikut saiz skrin.
Hubungi team sokongan pelanggan kami melalui WhatsApp atau email. Kami sedia membantu menyelesaikan sebarang isu teknikal yang anda hadapi. Sokongan tersedia 24/7.
Kad anda akan kekal aktif selama-lamanya selepas pembayaran. Tiada had tempoh akses — tetamu boleh membuka kad anda pada bila-bila masa tanpa perlu memperbaharui pakej.
Anda boleh memuat turun screenshot atau PDF kad anda untuk rekod peribadi. Untuk export penuh atau transfer, sila hubungi sokongan pelanggan kami.
Perkongsian & Penghantaran
Setelah kad siap, anda akan menerima pautan unik yang boleh dikongsi melalui WhatsApp, SMS, email, atau media sosial. Anda juga boleh jana kod QR untuk dicetak pada kad tradisional jika diperlukan.
Ciri ini masih dalam pembangunan. Buat masa ini, anda perlu kongsi pautan secara manual kepada tetamu. Kami merancang untuk menambah ciri penghantaran automatik dalam kemaskini akan datang.
Tidak, tetamu hanya perlu klik pautan yang dikongsi untuk melihat kad. Tiada pendaftaran atau log masuk diperlukan untuk tetamu.
Masih Ada Pertanyaan?
Jika anda tidak menemui jawapan yang anda cari, jangan ragu untuk menghubungi kami. Team kami sedia membantu anda.